
TENTANG KAMI
Kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang ada banyak potensi, banyak idea, tapi mungkin tak tahu nak mula dari mana, atau kurang peluang nak tunjukkan bakat. Kami nampak ada yang mungkin rasa terasing, ada yang perlukan sedikit dorongan untuk terus maju, dan ada juga yang cuma perlukan ruang untuk berkumpul dan buat aktiviti yang bermanfaat. Cabaran hidup ni macam-macam, dan kami faham, kadang-kadang kita semua perlukan sedikit sokongan.
Itulah sebabnya Majlis Aspirasi Generasi Ampang (MAGA) wujud, bukan untuk jadi yang terbaik, tapi untuk menjadi sahabat dan platform yang mesra untuk semua. Kami mulakan MAGA dengan niat yang sederhana: untuk cuba jadi sebahagian daripada solusi kepada kebimbangan ini. Kami hanya ingin menyediakan satu ruang di mana kita semua boleh belajar bersama, berkongsi pengalaman, dan saling membantu tanpa rasa kekok.
Kami yakin, dengan kita sama-sama meletakkan manusia di hati setiap tindakan, menjunjung tinggi nilai kemanusiaan seperti sifat ambil berat dan kejujuran, serta membekalkan diri dengan sedikit kemahiran hidup yang boleh bantu kita 'survive' dalam apa jua keadaan, kita boleh membina sebuah komuniti yang lebih erat, lebih prihatin, dan saling melengkapi. MAGA adalah usaha kecil kami untuk mencapai impian itu – sebuah tempat di mana kita boleh jadi diri sendiri, menyumbang mengikut kemampuan, dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih baik untuk kita semua.

Visi
Kita bina komuniti di mana manusia adalah keutamaan, nilai kemanusiaan dijulang, dan setiap dari kita punya kemahiran, epatik dan sokongan yang dibina secara bersama
Misi
Kami menyediakan platform kukuh untuk mereka bersuara, berkongsi idea, dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih cerah menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak

info@ampangkita.my
Pautan Luar
MagisMalaysia2025
The Public Economy
Sumber
News
Majlis Aspirasi Generasi Ampang@2025

